Tempah tshirt anda dengan 4 langkah mudah!

Perkhidmatan Kami

Embroidery / Sulaman

Menggunakan mesin khas untuk menjahit reka bentuk secara terus pada kain menggunakan pelbagai warna benang. Proses ini menghasilkan grafik yang timbul, bertekstur dan sangat tahan lama kerana ia menjadi sebahagian daripada fabrik, memberikan kemasan yang premium dan profesional. Kelebihan • Ketahanan yang sangat tinggi • Nilai kualiti yang kelihatan premium • Rupa berdimensi (timbul) • Tahan lama • Tidak mudah pudar atau tertanggal Sesuai Untuk Produk • Baju polo • Topi / cap • Jaket • Pakaian kerja (uniform) • Beg • Tuala • Patch / lencana • Pakaian korporat

Cetakan Silkscreen ( Skrin Sutera )

Cetakan Skrin Sutera (Silk Screen Printing) Dakwat ditekan melalui skrin mesh halus yang bertindak sebagai stensil ke permukaan produk. Setiap warna memerlukan skrin yang berasingan. Teknik ini terkenal dengan hasil warna yang terang, liputan warna yang baik, serta kos yang lebih menjimatkan untuk pengeluaran dalam kuantiti yang besar pada pelbagai jenis bahan. Kelebihan • Warna yang terang dan menyerlah • Cetakan tahan lama • Kos efektif untuk tempahan pukal • Pelbagai jenis dakwat (termasuk kesan khas) • Serbaguna dan boleh digunakan pada banyak jenis permukaan

Cetakan DTF ( Direct to Film )

DTF (Direct To Film) merupakan teknologi cetakan terkini yang mana design dicetak pada filem khas sebelum dipindahkan ke kain menggunakan pindahan haba. Percetakan DTF dapat memberikan hasil warna yang lebih vivid, detail lebih jelas dan sentuhan yang tahan lasak. Tak kira cotton, polyester atau campuran – semua boleh cetak dengan hasil premium!

Cetakan Sublimasi

Pewarna khas dipanaskan sehingga menjadi gas dan diserap terus ke dalam gentian poliester (atau produk yang mempunyai salutan polimer). Dakwat ini menjadi sebahagian daripada bahan tersebut, menghasilkan cetakan yang sangat licin, terang, kekal lama, serta tidak akan retak, mengelupas atau pudar. Kelebihan • Cetakan berkualiti foto • Sangat tahan lama • Tekstur lembut pada fabrik • Warna terang dan jelas • Tidak retak atau pudar • Boleh mencetak keseluruhan permukaan (full-bleed)

Testimoni Pelanggan

"Kualiti t-shirt yang diterima sangat memuaskan. Material sangat selesa dan cetakan sangat kemas. Proses tempahan juga sangat mudah dan penghantaran tepat pada masa."

- Syafiq, Bukit Mertajam

"Kami menempah lebih 200 helai t-shirt untuk acara syarikat dan hasilnya sangat cantik. Warna cetakan sangat tepat dengan design asal dan kualiti kain juga bagus."

- Orked, Selangor

"This is our second time ordering from them and we are still very satisfied. Consistent quality, responsive communication, and fast. Highly recommended!"

- Ken, Selangor

"Kualiti t-shirt yang diterima sangat memuaskan. Material sangat selesa dan cetakan sangat kemas. Proses tempahan juga sangat mudah dan penghantaran tepat pada masa. Memang recommended!"

- Saiful, Perak

Dah sedia nak print baju?

Whatsapp sekarang!